Thursday, October 2, 2008
It's Getting Uglier..
2 October 2008
What is athlete's foot?..
Athlete's foot is a fungal infection that typically occurs on the feet..because the infection is common among people who exercise or play sports, it was named athlete's foot..however, anyone can experience athlete's foot..
Fungus thrives in warm, dark, moist places, such as the inside of a shoe, in locker rooms, showers, and around swimming pools..when you walk through a contaminated area, your bare feet come in contact with the fungus..if your feet or the area between your toes stays moist, the fungus will grow..
A risk factor is something that increases your chance of getting a disease or condition;
- Risk factors include:
- Prior athlete's foot infection
- Walking barefoot in locker rooms or public places
- Not keeping your feet clean and dry
- Wearing air-tight or poorly ventilated shoes or boots
- Sweaty feet
- Hot, humid weather
- Disorders of the immune system
this is what is on my right feet..gee..
peace outz!..
Ribut Dalam Cawan..
2 October 2008
got this from someone special;
__________________________________________________________________
Lelaki adalah pemimpin wanita..bukan dalam sesuatu bidang kerjaya, sebuah organisasi atau negara tetapi dalam sebuah keluarga..
kepimpinan lelaki dalam sebuah rumah tangga tidak akan dapat diambil alih oleh wanita (isteri)..mahu tak mahu, bila seorang lelaki bergelar suami, dia adalah pemimpin kepada isterinya tidak kira apa pangkat atau gelaran yang dimiliki oleh isterinya di luar rumah, baik isterinya guru, doktor, peguam atau sesiapa saja..
apakah kelayakan seorang pemimpin dalam sebuah keluarga?..
pertama dan utama, ialah kemampuan memimpin dirinya..hanya orang yang mampu memimpin dirinya sendiri mampu memimpin orang lain dengan baik dan betul..
amalkan apa yang dicakap..selaras antara lisan dan tindakan..isteri dan anak-anak mungkin gagal mengikut apa yang kita cakap, tetapi mereka tidak akan gagal mengikut apa yang kita buat..sejak dahulu lagi, manusia lebih percaya mata daripada telinga.. ertinya, apa yang dilihat oleh mata (tindakan) lebih dipercaya daripada apa yang didengar oleh telinga (cakap)..sebab itu ada yang bersifat cakap tak serupa bikin..
satu lagi faktor utama pada kejayaan memimpin dalam sebuah keluarga ialah sifat penyayang..ingat selalu, kita boleh menyayangi tanpa memimpin tetapi kita tidak boleh memimpin tanpa menyayangi..orang yang lebih tinggi kasih sayangnya, maka lebih tinggi kemampuannya untuk memimpin..sebab itu para rasul terutamanya Nabi Muhammad s.a.w mampu memimpin dengan berjaya..justeru, baginda adalah pemimpin yang paling menyayangi keluarga, masyarakat dan umatnya..selalu kita dengar kekata dalam bab kemaafan "..sedangkan nabi ampunkan umat.."
apabila ada sifat kasih sayang, kadar toleransi kita apabila berdepan dengan konflik atau krisis akan meningkat..bila isteri meragam, merajuk atau marah, kita masih boleh 'maintain our cool' - kawal perasaan dan fikiran..tidak akan cepat marah, melatah atau membalas perlakuan negatif si isteri..bezakan antara 'kelakuan' dan 'orangnya'..benci kelakuannya yang negatif, tetapi di dalam hati kita tetap sayang..jika inilah perasaan kita, maka itulah modal bagi kita berdepan dengan kemarahan, ragam dan ledakan perasaannya dengan tenang..selagi kita tidak hilang kasih sayang, selagi itulah kita boleh menghadapi krisis yang ditimbulkan oleh pasangan kita dengan tenang..inilah kelebihan yang sepatutnya ada pada orang lelaki..
saya cabar diri saya dan anda..jadilah lelaki sebenar..yakni lelaki yang 'walk your talk' - cakap serupa bikin..
jadilah lelaki sebenar..yang penuh dengan kasih sayang dan ketenangan (sakinah)..
lelaki yang mampu berdepan dengan ribut dalam rumahtangga seperti menghadapi ribut dalam cawan...akhirnya dapat ditenangkan lalu diminum dengan penuh keenakkan..
____________________________________________________________________